Home Berita PAS Kedah

Pesakit strok terima katil wakaf

44
SHARE

MERBOK – Bagi memastikan seorang pesakit strok yang terlantar sakit mendapat keselesaan sewajarnya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai menyerahkan sebuah katil hospital wakaf kepada beliau.

ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali berkata pesakit terlantar sakit sejak beberapa bulan yang lalu dan diuruskan oleh suaminya.

“Didoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa PAS Merbok, Encik Syukri, Pengerusi JPKK, Pak Lang Lid, Penyelia Zon PKWR, Abang Aziz.