Home Berita PAS Kedah

DPPNK ziarah ahli ARC Padang Serai

45
SHARE

PADANG SERAI – Patah rusuk antara ujian besar yang dihadapi en. Basri ahli ARC Padang Serai akibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasron Othman bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda Negeri, Sdr. Saifuddin Hassan berkesempatan mengunjunginya petang semalam.

En. Basri yang masih menerima rawatan di Hospital Kulim turut diziarahi YB Dato’ Ustazah Ashah Haji Ghazali Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendoakan agar en. Basri segera kembali sehat dan menjalani kehidupan seperti sedia kala, amin.