Home Berita PAS Kedah

Sik dicadangkan lokasi pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 peringkat PAS Pusat

172
SHARE

SIK – Pengarah Kempen PAS PilihanKu 4.0, Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS turun ke Daerah Sik bagi melihat lokasi cadangan Program Pelancaran Kempen PAS PilihanKu 4.0 peringkat PAS Pusat pada 25 Jun ini.

Hadir bersama beliau adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak bin Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang disambut oleh Setiausaha PAS Kawasan Sik, Haji Badrul Hisham bin Abdul Rahman.

PAS PILIHANKU 4.0 yang akan dijalankan selama Enam bulan bermula Julai ini meletakkan sasaran minima 50 ribu keahlian baharu.

Pelancaran ini akan diadakan secara besar-besaran dan akan diisikan dengan beberapa acara yang telah dirancang.

Kempen pada kali ini juga meletakkan sasaran kepada golongan Anak Muda khususnya mereka yang tergolong sebagai pengundi muda 18 tahun ke atas.