Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan sambutan Hari Kebangsaan Dewan Muslimat PAS Melaka.

70
SHARE

BULAN Muharam 1443 mengandungi peristiwa ulangtahun bersejarah yang sinonim dan penting bagi umat Islam di Malaysia.

Selain daripada perpindahan takwim ke tahun baharu ‘Hijrah’, dan peristiwa terselamat pengikut Nabi Musa daripada tentera Firaun dalam peristiwa belahan Laut Merah pada 10 Muharram, maka pada 5 Safar 1377 bersamaan 31 Ogos 1957, Perisytiharan Kemerdekaan telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ketiga-tiga peristiwa ini membawa maksud ‘penghijrahan’ iaitu samada hijrah Rasulullah SAW ke Madinah yang menjadi proses pertama penubuhan Negara Islam yang pertama, atau pemisahan umat yang beriman daripada umat kufur pengikut Firaun, atau perakuan bahawa bangsa Melayu diberikan kebebasan untuk mentadbir sendiri negara yang telah dijajah selama ratusan tahun (1511-1957) oleh bangsa Eropah dan Jepun selepas kejatuhan empayar agung Kesultanan Melayu Melaka.

Penghijrahan tersebut, secara total telah membuka kunci perhambaan lalu membebaskan jiwa manusia daripada terpaksa menjalani kehidupan mengikut sistem jahiliah, pemaksaan dan penaklukan kuasa kuffar.

Mengambil contoh daripada pembinaan masjid Quba’ setibanya Rasulullah SAW di Madinah sebagai tempat menyemarakkan rasa persaudaraan dan membentuk budaya kemasyarakatan yang harmoni, maka wajar sekali umat Islam khasnya menyahut konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Mudah-mudahan Malaysia akan terus maju, makmur, sejahtera dan bebas daripada Covid-19 berkat rahmat Allah.
Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada :

AZIAH MOHD SAAD
KETUA
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka