Home Berita PAS Melaka

Perutusan Salam Ramadan PAS Kawasan Tangga Batu Melaka

1086
SHARE

Marhaban Ya Ramadan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada semua AJK dan ahli PAS Tangga Batu, seluruh warga Parlimen Tangga Batu dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ramadan tahun ini yang agak berbeza dari sebelumnya sudah semestinya mengandungi pelbagai hikmah dari Allah SWT sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata.

Apapun PAS Tangga Batu tidak pernah mengabaikan golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain kelompok istimewa yang sentiasa memerlukan bantuan masyarakat terutamanya di bulan Ramadan dan Syawal yang akan datang.

Justeru PAS Kawasan Tangga Batu melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengatur Program Bantuan Ramadan PKTB 2020 yang dananya diperolehi melalui sumbangan awam (Tabung Infaq Kit Ramadan) dan dalaman PAS Tangga Batu sendiri. Program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. RAMADAN KAREEM
sumbangan kurma untuk
‘amilin PAS sepenuh masa
yang terdiri dari guru dan
kakitangan PASTI, guru dan
kakitangan SRITI serta
petugas AMAL Tangga Batu.

2. IFTAR KASIH SAYANG
Sumbangan juadah berbuka
puasa kepada golongan yang
dinyatakan di atas

3. ZIARAH AS SABIQUN
Ziarah sambil menghadiah
cenderahati kepada warga
emas khususnya veteran PAS

4. SUMBANGAN KIT RAMADAN
2020
Sumbangan barangan
makanan asas kepada
golongan di atas.

5. BUBUR LAMBUK UNTUK
‘FRONTLINERS’
Program ini adalah
tertakluk kepada syarat PKP
dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian saya menyeru marilah kita semua terus menghulurkan infaq kepada Tabung Infaq Kit Ramadan PKTB melalui akaun BANK ISLAM PAS KAWASAN TANGGA BATU 0402 4010 0192 13 untuk sama-sama kita menjayakan Program Bantuan Ramadan PKTB 2020.

من صام ايمانا واختسانا غفر له ما تقدم من ذنبه
Maksudnya : Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T , maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Riwayat Al-Bukhari (38)

#KitaJagaKita

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

HJ BAKRI JAMALUDDIN
Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu

23 April 2020
30 Sya’aban 1441H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)