Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah Bantu Edar Bantuan Makanan Ahli Parlimen Masjid Tanah

880
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : PAS Kawasan Masjid Tanah berbesar hati dapat membantu ahli parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin mengedarkan sumbangan dari ahli parlimen tersebut.

Peruntukan 300 unit kit barang makanan ahli parlimen Masjid Tanah tersebut yang merupakan sumbangan dari Bank Rakyat diterima oleh YDP PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman semalam.

“Kita sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada YB Mas Ermieyati kerana memberi kepercayaan kepada kita untuk mengedarkan bantuan ini.

“Ini bukan kali pertama. Sudah beberapa kali beliau menyerahkan kit bantuan seperti ini untuk diedarkan oleh pihak PAS Kawasan Masjid Tanah. Alhamdulillah ia dapat membantu kami untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.” ujar beliau.

Ustaz Imran yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka itu juga menjelaskan bahawa semua kit bantuan itu diserahkan kepada semua Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS seluruh kawasan parlimen Masjid Tanah untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik, agama atau bangsa.

Tambah beliau lagi, sesetengah dari penerima bantuan tersebut datang sendiri mengambil bantuan tersebut di pusat agihan di PASTI Ar-rahman Tanjung Bidara. Sebahagian lagi diedarkan oleh petugas-petugas PAS dari rumah ke rumah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut hadir membantu penyerahan tersebut ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz dan petugas-petugas wakil MTD PAS.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)