Home Artikel PAS Selangor

Sriti Al Ta’lim | Dalam rezeki kita, Ada rezeki orang lain.

278
SHARE
Dalam rezeki kita, Ada rezeki orang lain.

Allah sebut dalam surah Saba ayat 39.

قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.
Alhamdulillah,
Menyampaikan sumbangan kepada semua guru-guru serta kakitangan dan masyarakat yang memerlukan menjelang Ramadhan.
Agihan kepada semua 25 kakitangan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al Ta’lim dan 27 kakitangan PASTI serta 23 bungkusan untuk masyarakat termasuk bukan muslim.
Terima kasih kepada para penyumbang memudahkan urusan untuk disampaikan sumbangan-sumbangan tersebut.

أَجَرَهم اللّٰهُ فِيمَا أعْطَيْتهم،
وَجَعَلَهُ لَهم طَهُورً،
وَبَارَكَ لَهم فِيمَا أَبْقَيْتهم.
Semoga ALLAH memberi ganjaran kepada mereka dan harta yang mereka berikan, Dan menjadikan harta itu bagi mereka suci, Dan memberikan keberkatan bagi mereka pada harta yang masih ada.