Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Salam Ramadan PAS Kawasan Kota Melaka

169
SHARE

Marhaban Ya Ramadan.

KAMI mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada semua AJK dan ahli PAS Kawasan Kota Melaka, seluruh warga Parlimen Kota Melaka dan semua rakyat khususnya Negeri Melaka dan Malaysia yang beragama Islam.

Kami mewakili AJK PAS Kawasan Kota Melaka mendoakan agar dipermudahkan dalam segala ibadah pada bulan Ramadan ini dengan sebaiknya.

Semoga pandemik Covid 19 dapat diatasi dengan bantuan Allah dan rahmat-Nya, kami berharap kepada semua umat Islam marilah kita bermunajat kepada Allah swt dengan meminta bantuan-Nya sempena bulan yang mulia ini yang mana Allah janjikan segala doa tiada hijabnya dan insya-Allah kan diperkenan oleh Allah S.W.T.

Apapun PAS Kota Melaka tidak pernah mengabaikan golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain kelompok istimewa yang sentiasa memerlukan bantuan masyarakat terutamanya di bulan Ramadan dan Syawal yang akan datang.

Justeru PAS Kawasan Kota Melaka melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengatur Program Bantuan Ramadan 2021 yang dananya diperolehi melalui sumbangan awam (Tabung Infaq Kit Ramadan). Program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. INFA’ KURMA
sumbangan kurma untuk golongan asnaf, ‘amilin PAS sepenuh masa yang terdiri dari guru dan kakitangan PASTI, guru dan kakitangan SRI serta petugas AMAL Kota Melaka

2. IFTAR JAMA’IE
Sumbangan juadah berbuka

3. ZIARAH AS SABIQUN
Ziarah sambil menghadiah cenderahati kepada warga emas khususnya veteran PAS

4. SUMBANGAN KIT RAMADAN
2021
Sumbangan barangan makanan asas kepada golongan asnaf.

5. SUMBANGAN BUBUR LAMBUK
Program ini adalah tertakluk kepada syarat KKM dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian kami menyeru marilah kita semua terus menghulurkan infak kepada Tabung Infak Kit Ramadan melalui akaun CIMB BANK PAS KAWASAN KOTA MELAKA 8601163036 untuk sama-sama kita menjayakan Program Bantuan Ramadan 2021.

Segala sumbangan boleh menghubungi:
Tuan Hj Mohd Salleh Bin Haniff
016 665 7953. (Bendahari PAS Kota Melaka)

Semoga amal ibadah kita dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al-mubarak.

Semoga Ibadah puasa pada tahun ini lebih sempurna daripada tahun-tahun yang terdahulu.

Sekian dari kami AJK PAS Kawasan Kota Melaka

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .