Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Khas Pemangku YDP PAS Kota Melaka Sempena Ramadan Al-Mubarak

135
SHARE

ALHAMDULILLAH segala puji dan puja bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabien dan seluruh para pejuang Islam sekalian.

Bersyukur kita masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Melaka mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak, bulan penuh berkat dan ganjaran Allah.

Bulan ini bukan sebagai bulan rehat, kerja-kerja Islam perlu diteruskan sebaiknya. Kita perlu memperkukuhkan seluruh organisasi parti melalui program-program contohnya iftar jama’ie dan sumbangan kebajikan yang dianjurkan bersama.

Mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Islam Memperkukuh Perpaduan
Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak.

ZUHAIDI YUSOF
Pemangku Yang Dipertua PAS
Kawasan Kota Melaka

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .