๐Ÿ”ด TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL โ€œINI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTONโ€ PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG โ€˜Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajayaโ€™ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Minda Presiden

Perutusan Presiden PAS sempena Maal Hijrah 1440H

HARI ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan pelbagai bentuk penindasan termasuk di bumi Malaysia. Cabaran besar yang datang bukan sahaja kesan perang ketenteraan seperti perang proksi, bahkan serangan pemikiran. Umat Islam mulai meragui Islam adalah penyelesaian kepada konflik kemanusiaan sehingga mengambil ideologi dan akal manusia semata-mata sebagai panduan.

Bertitik tolak dari sejarah penghijrahan ini, umat Islam haruslah sedar dan benar-benar menghayati mesej daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat dengan pengertian yang sebenar. Matlamatnya untuk membina sebuah masyarakat yang hidup aman dan melaksanakan keadilan dengan menjadikan Islam memimpin bukan dipimpin dan menjadi dasar kepada pembangunan negara bukan sekadar penerapan kepada nilai-nilai ibadat dan peribadi semata-mata.

Firman Allah Taala:


ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูู‡ูŽุงุฌูุฑู’ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุฌูุฏู’ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ู…ูุฑูŽุงุบูŽู…ู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ูˆูŽุณูŽุนูŽุฉู‹ ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูŽุฎู’ุฑูุฌู’ ู…ูู† ุจูŽูŠู’ุชูู‡ู ู…ูู‡ูŽุงุฌูุฑู‹ุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุฏู’ุฑููƒู’ู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ููŽู‚ูŽุฏู’ ูˆูŽู‚ูŽุนูŽ ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุบูŽูููˆุฑู‹ุง ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู‹ุง (100)

โ€œBarangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai tempat dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayangโ€. (Surah An-Nisaโ€™:100)

Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah salah satu usaha yang menepati matlamat hijrah yang digariskan Islam. Tugas mempertahankan Islam tidak mengira sesiapa, sama ada para pemerintah, raja-raja, ahli politik, para ulamaโ€™ serta mufti, kumpulan Islam, NGO-NGO dan umat seluruhnya. Mempertahankan Islam satu kemuliaan. Marilah kita bekerjasama atas semangat taโ€™awun dan menghayati maknanya dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam, dalam masa yang sama tanpa menafikan hak bukan Islam hidup dalam sebuah masyarakat madani berkonsepkan adil untuk semua.

Sempena dengan itu, saya mengambil kesempatan bagi pihak PAS untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1440H kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan tahun baharu ini, seluruh umat Islam, rakyat dan negara Malaysia tercinta senantiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

โ€œSejahtera Bersama Islamโ€

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS โ€“ HARAKAHDAILY 11/9/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ