Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Pesuruhjaya PAS Melaka sempena ulangtahun Sambutan Hari Malaysia ke-57

161
SHARE


MALAYSIA yang wujud pada hari ini adalah satu usaha pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu yang mahu melihat wilayah-wilayah berjiran iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura sama-sama mengecap kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Ia juga sebenarnya sebagai satu usaha untuk membendung pengaruh komunis yang mengancam Asia Tenggara yang pada ketika itu mempunyai pengaruh besar di beberapa buah negara di rantau ini. Ketegasan polisi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu terhadap gerakan komunis menarik perhatian British untuk memberi kemerdekaan kepada wilayah-wilayah ini jika bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Sesungguhnya pembentukan Malaysia 57 dahulu adalah satu titik tolak kepada pembinaan sebuah negara yang besar dan kuat di Asia Tenggara ini selain telah membantu memerdekakan wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura. Sesuai dengan slogan pada Jata Negara Malaysia “Bersekutu Bertambah Mutu”.

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 57

USTAZ KAMARUDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
16 Sept 2020 M | 28 Muharram 1442 H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)