Home Kenyataan Media PAS Sabah

PERUTUSAN PAS KAWASAN LIBARAN SEMPENA MAAL HIJRAH 1442 H

689
SHARE

PERUTUSAN PAS KAWASAN LIBARAN SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H

Allah S.W.T berfirman

( لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ )

Maksudnya: “Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”

[Ar-Ra’d: 11]

1) Awal Muharram merupakan tahun baru bagi umat Islam dan hari ini kita telah melangkah ke tahun baru hijrah iaitu 1442H. Dengan ini, PAS Kawasan Libaran mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua muslim di Malaysia.

2) Semoga amalan lalu kita diterima dan bernilai ibadah di sisi Allah S.W.T. Moga-moga kehadiran tahun baru ini selari dengan usaha kita memperbaiki diri di setiap hari. Sesungguhnya Muslim yang hebat itu mereka yang menjadikan hari esoknya lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

3) Ketibaan awal Muharram mengingatkan kita untuk merenung sejenak kisah para anbiya’ dalam melewati bulan ini. Telah dikisahkan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan 1 Muharam sebagai tahun baru Islam.

4) Selain itu, 10 Muharram pula dinamakan Hari Asyura dimana berlaku pelbagai peristiwa yang menggambarkan keizzahan Islam menerusi kehebatan pejuang agama Allah dalam menegakkan kebenaran.

5) Melihat fenomena umat Islam yang semakin ramai ditindas hari ini, kami dari PAS Kawasan Libaran menyeru semua umat Islam untuk bangkit dari kealpaan demi mencorak masa depan Islam yang gemilang sebagaimana zaman para sahabat yang telah berlalu.

6) Besar harapan kami agar Malaysia mampu menjadi negara Islam contoh pada masa akan datang. Semoga keadilan Islam tertegak menerusi rakyatnya yang faham dan sedar erti kalimah “Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruhNya”.

“Hijrah Ke Arah Memartabatkan Syariah”
“Ummah Rabbani Negara Harmoni”

SALAM MAAL HIJRAH 1442H