Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP Selangor – Perutusan Maal Hijrah 1442H Ketua Pemuda PAS Selangor

781
SHARE

Saya mewakili Seluruh Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan selamat tahun baru 1442 Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat atas sambutan Maal Hijrah bagi tahun baru.

Awal Muharram ni selalu dikaitkan dengan peristiwa agung Hijrah Rasul yang mengandungi pengajaran penting dalam sejarah dunia Islam. Dengan Hijrah Rasul terbinanya sebuah negara Islam di Madinah Munawwarah. Atas pelawaan dari kaum Aus dan Khazraj setelah melakukan Baiah Aqabah sebanyak 2 kali, kedatangan Baginda SAW adalah yang dinanti-nantikan dan disambut didambut dengan meriah di sana. Perkara ini juga telah membezakan ia hijrah atau pelarian.

Dalam peristiwa Hijrah Rasul juga kita dapat saksikan peranan para pemuda dalam membantu menjayakannya. Rasulullah SAW meletakkan pemuda berada di posisi yang getir dan tugas yang besar. Sekaligus mengiktiraf keupayaan pemuda dengan kelebihan kekuatan tenaga, semangat dan keberanian. Lihat bagaimana pemuda diposisikan di bahagian penting dan getir :

i. Sayiduna Ali bin Abu Talib – menggantikan di tempat tidur Rasulullah SAW mengelirukan musuh.

ii. Abdullah bin Abu Bakr. – pengumpul maklumat semasa dan menghantar maklumat ke Rasulullah SAW semasa di Gua Thur.

iii. Amir bin Fuhairah – pengembala kambing yang menutup jejak langkah Abdullah bin Abu Bakr agar tidak dikesan oleh musuh.

Hijrah juga menunjukkan pembentukan negara Islam di Madinah tercapai dengan asas yang kuat apabila penyatuan ummah serta persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berjaya membina satu kekuatan ketumbukan yang kuat sekalipun di Madinah terdapat 3 puak Yahudi yang besar iaitu Nadhir, Qainuqa’ dan Quraziah yang menguasai sektor masing-masing namun masing-masing bertelagah atas kepentingan sendiri.

Kekuatan kesatuan berjaya menjadikan Rasulullah SAW meletakkan Piagam Madinah yang melonjakkan kepentingan Islam dengan menjadikan rujukan utama dalam pentadbiran Madinah adalah al-Quran dan al-Sunnah. Dengan kekuatan persaudaraan dan kesatuan, ummah menjadi kuat dan kekuatan ini digunakan untuk kepentingan Islam.

Maka begitulah senario politik, kesatuan umat Islam secara khusus kerana majoriti adalah kuat dengan kesatuan menerusi Muafakat Nasional yang dimeterai sejak 14 September 2019 yang lalu. Jika berpecahlah kuasa politik umat Islam, renungkan kembali dari iktibar 22 bulan di bawah kerajaan PH yang banyak polemik, kecelaruan yang menggusarkan umat Islam.

Bersempena dengan Tahun Baru 1442 Hijrah ini, seruan kepada 2 asas :

  1. Pemuda mesti terus bekerja dan bersedia dengan tugasan yang besar lagi getir diposisi masing-masing.
  2. Terus mengukuhkan persaudaraan dalam membina kesatuan ummah menerusi Muafakat Nasional bagi membentuk kuasa politik Islam yang kuat.

Ummah Rabbani, Negara Harmoni

Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

1 Muharram 1442H | 20 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor