Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Hari Kebangsaan Pesuruhjaya PAS Melaka

270
SHARE

LEBIH 64 tahun dahulu pada tanggal 20 Februari 1956 di Negeri Melaka yang berdaulat ini ‘Bapa Kemerdekaan’ dan Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan negara di hadapan lebih 100 ribu rakyat Melaka yang berhimpun di Padang Bandar Hilir yang sekarang ini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.

Almarhum Tunku Abdul Rahman pada ketika itu bersama-sama dengan rombongan rundingan kemerdekaan baru sahaja pulang dari London merundingkan kemerdekaan dengan British, telah singgah sebentar ke Melaka sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Begitulah istimewanya Melaka terpahat dalam kronologi kemerdekaan negara. Sesuai dengan sejarah Melaka sebagai Kesultanan Melayu pertama yang jatuh ke tangan penjajah. Justeru, bumi Melaka paling lama menanggung peritnya penjajahan.

Itulah yang perlu kita fahami dan hayati dalam kita merayakan ulangtahun kemerdekaan kita saban tahun.

Jadikan semangat kemerdekaan yang kita sambut pada Hari Kebangsaan kita kali ini sebagai penyuntik semangat untuk kita memastikan Negeri Melaka yang tercinta itu terus maju dan makmur serta terus bebas merdeka daripada apa sahaja bentuk penjajahan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63.

“MALAYSIA PRIHATIN”

USTAZ KAMARUDDIN SIDIK
Pesuruhjaya PAS Melaka
Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka
30 Ogos 2020M | 11 Muharram 1442H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)