Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BERMOTIF POLITIK

581
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 227/98
13 Muharram 1440 | 23 September 2018

PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BERMOTIF POLITIK

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Pengumuman peruntukan segera Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM500,000 untuk membaiki kerosakan kuarters dan prasarana Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Port Dickson adalah dilihat bermotif politik.

2. Umum mengetahui PRK Parlimen Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober 2018, manakala pengundian awal dijadual pada 9 Oktober 2018. Jumlah pengundi dalam kalangan anggota tentera yang merangkumi pegawai dan ahli keluarga di Port Dickson berjumlah 4,532 orang (2018).

3. Berdasarkan trend semasa, peratusan keluar mengundi di tiga siri pilihan raya kecil sebelum ini terlalu rendah. Tidak dinafikan, salah satu faktor penurunan drastik adalah disebabkan oleh penolakan pengundi terhadap PH akibat daripada kegagalan melunaskan manifesto dan penggubalan polisi baru yang tidak menyebelahi rakyat.

4. Di Seri Setia, calon PAS turut memperoleh kemenangan daripada undian awal yang disumbangkan oleh pengundi polis dan tentera. Perubahan ini adalah signal positif terhadap PAS dan parti pembangkang.

5. Tindakan Menteri Pertahanan yang mengumumkan peruntukan tersebut juga bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR yang juga calon PRK PD kali ini.

6. Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu aset dan jentera kerajaan digunakan untuk pilihan raya. Ia bertujuan bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dengan adil.

7. Malah, beliau turut memberikan contoh sikap yang ditunjukkan oleh Menteri KPDNHEP yang menangguhkan program kementeriannya di PD untuk mengelakkan penyalahgunaan jentera kerajaan.

Islam Memimpin

Sekian