Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Sokong Pendirian YAB PM

658
SHARE

Muslimat PAS Sokong Pendirian YAB PM

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyokong penuh kenyataan YAB Perdana Menteri tentang penegasan beliau menolak LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) serta perkahwinan sejenis di Malaysia.

Muslimat PAS konsisten menolak amalan LGBT dalam kalangan masyarakat Malaysia yang dilihat semakin lantang menyuarakan hak mereka di samping mempromosikan gaya hidup mereka untuk tontonan umum.

Sehubungan dengan itu, Muslimat PAS berbesar hati mengharapkan suatu inisiatif daripada pihak kerajaan bagi membendung gejala luar tabi’e ini dari terus berleluasa sama ada dengan penguatkuasaan undang-undang mahupun melalui pendidikan di sekolah.

Penegasan daripada YAB ini selari dengan konsep kepimpinan dalam Islam; seorang pemimpin mestilah mempunyai akhlak yang baik, berintegriti dan mempromosi gaya hidup dan ajaran selari dengan tuntutan syariat.

Di kesempatan ini, Muslimat PAS mendoakan Kerajaan Persekutuan sentiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T dalam mentadbir negara ini menuju keredhaan-Nya.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 September 2018 bersamaan 13 Muharram 1440