Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG – PAS Kawasan Padang Terap julung kalinya telah mengadakan pertemuan Mahabbah bersama Mahasiswa Padang Terap.
Pertemuan tersebut bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Pang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, Timbalan Yang Dipertua merangkap ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohammad Yusoff Zakaria dan beberapa kepimpinan PAS kawasan di Kompleks PAS Kawasan, dekat Barokhas.
Menurut Pengerusi Jabatan Pembangunan Mahasiswa Padang Terap, Muhd Fadhli Mohd Nashid, pertemuan tersebut diadakan bertujuan mewujudkan diskusi dua hala antara pimpinan PAS kawasan dan mahasiswa bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan pendapat di samping menjalinkan ukhuwah.
“Moga dengan pertemuan ini akan memberi impak yang positif kepada kedua belah pihak pihak dalam melakukan perubahan yang lebih baik,” ujar fadhli.
Sementara itu, YDP PAS Padang Terap, Ustaz Azam Abd Aziz mengucapkan terima kasih dan bangga dengan kehadiran mahasiswa dalam pertemuan kali ini yang mana generasi milineal tampil bagi menyambung gerak kerja Islam.
Turut sama hadir ialah Timbalan Pengerusi JPM Kawasan Padang Terap, Zarqoni Mat Ayub dan Penasihat 4, Siti Rokiah Abdullah serta ahli-ahli Mahasiswa Padang Terap.