Home Berita PAS Kedah

Masjid Sungai Pau korban lapan lembu

62
SHARE

SIK – Masjid Al Ubudiah Kariah Kampung Sungai Pau, Sik mengadakan program ibadah korban dan akikah di perkarangan masjid berkenaan sempena Hari Raya Aidiladha, Ahad lalu.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Al Ubudiah, Ustaz Mohd Subky Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik berkata sebanyak lapan ekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan dalam program yang dilaksanakan secara bergotong-royong itu.

“Daging korban ini akan diagihkan kepada anak kariah dan terima kasih kepada peserta-peserta korban yang masuk setiap tahun serta tidak dilupakan kepada petugas-petugas yang hadir bergotong-royong, terima kasih,” katanya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Pau/Batu 2, Azman Hashim, acara penyembelihan pada pagi tadi melibatkan seramai 100 petugas dari anak kariah yang membantu bagi melancarkan kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging.

“Alhamdulillah, disinilah terbentuk kekuatan kemuafakatan anak komuniti dan kariah kampung ini, tahniah kepada semua,” katanya.