Home Berita PAS Johor

12 ekor lembu ditumbangkan dalam korban perdana PAS Muar

276
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR , 12 Jul : Sebanyak 12 ekor lembu telah ditumbangkan dalam majlis Korban Perdana anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Muar dan Adun Maharani, YB Abd Aziz Talib di sini, semalam.

Selain itu, turut disembelih adalah 20 ekor kambing yang dibuat korban dan juga untuk tujuan aqiqah.

Menurut penyelaras program, Mohamad Alif Baharom, “Peserta korban kali ini terdiri daripada masyarakat setempat dan dari cawangan-cawangan PAS yang berhampiran.

“Turut serta juga artis popular, Suffian Suhaimi yang bersama-sama bapanya menjadi peserta korban anjuran kami.

“Pengagihan daging korban selain diedarkan kepada peserta korban, juga kepada petugas yang terlibat, pertubuhan saudara baru, golongan asnaf dan juga kepada penduduk-penduduk Parit Samsu di mana tempat proses penyembelihan korban diadakan,” ujar Alif lagi.

Para petugas yang terlibat membantu kelancaran perjalanan program ialah ahli Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama dan Jabatan Amal Muar serta masyarakat warga Parit Samsu .

Sementara beberapa ahli Dewan Muslimat & Srikandi Bersatu Muar bermarhaban di ruang tamu rumah bersama-sama golongan wanita kampung terbabit.

Turut hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Muar, Hadi Abu Bakar, Ketua Muslimat, Norhayati Sulaiman, Ketua Ulama, Ustaz Muhidir Tamjis, Ketua Bahagian BERSATU Muar, Basut Nin, Ketua Srikandi BERSATU Muar, Zarina Hassim serta Ketua Armada BERSATU Muar, Muhamad Haziq Zaharuddin.