Home Khas

Pertahankan kesatuan politik Melayu Islam

312
SHARE

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa dukacita dengan langkah Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional. Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid 19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.

Walau bagaimanapun, PAS kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 26 Zulhijjah 1442 |
5 Ogos 2021

#MalaysiaSejahtera #MenangBersama
#KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin