Home Kenyataan Media PAS Johor

Redakan politik, utamakan kebajikan rakyat – PJ Johor

43
SHARE

REDAKAN POLITIK, UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT

Wakil rakyat seharusnya bersama berganding bahu mengawal penularan Covid-19 serta membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan.

Perpaduan dan Penyatuan Ummah yang telah dibentuk sehingga memimpin Kerajaan Malaysia seharusnya diperkukuhkan dengan bersama berganding bahu membantu rakyat.

Perebutan kuasa hanya akan merugikan pihak Kerajaan, contoh nyata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berbalah merebut kuasa akhirnya runtuh dengan sendiri.

Para pemimpin seharusnya menjadi ‘check and balance’ diantara satu sama lain dalam setiap tindak tanduk Kerajaan sebagaimana,

Sabda Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌أَرَادَ ‌اللَّهُ ‌بِالْأَمِيرِ ‌خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.

Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.”
(Riwayat Abu Dawud 2932)

Keselamatan dan kebajikan rakyat bukan suatu perkara yang perlu diambil mudah kerana ia melibatkan nyawa.

Diharapkan agar semua pihak kekal tenang serta berganding bahu mengutamakan keselamatan dan Kebajikan rakyat.

Hentikan dahulu perbalahan serta perkukuhkan perpaduan dalam membantu rakyat.

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

#SejahteraBersamaIslam
#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama