Home Kenyataan Media PAS Melaka

Pertahankan kerajaan Perikatan Nasional – Ameerah Masjid Tanah

182
SHARE

KAMI Ameerah Masjid Tanah menyeru kepada Rakyat Malaysia yang beragama Islam yang cintakan kerajaan Melayu-Islam agar kita sama-sama solat hajat setiap malam dan berdoa agar kerajaan PN yang ada ini terus kukuh dan menggagalkan usaha mana-mana pihak menumbangkannya. Tolak segolongan ahli politik yang pentingkan kuasa. Sama-sama selamatkan Malaysia.

Marilah sama-sama berdoa memohon agar negara Malaysia tercinta dikurniakan keamanan dan kesejahteraan serta diangkat segera wabak COVID-19 dari muka bumi ini. Moga dijauhi negara ini daripada tangan-tangan kotor serta bala bencana.

‎اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

“Ya Allah, lantiklah untuk urusan kami (dalam pemerintahan) orang-orang yang terbaik daripada kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk daripada kami.”

#AmeerahMasjidTanah
#MuslimatMuda
#KerajaanPrihatin