Home Rencana PAS Wilayah

Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (17)

36
SHARE
Berderai air mata kakak ini menyambut kedatangan kami untuk menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan wang tunai kepada beliau.
Berdepan dengan pelbagai ujian dan pelbagai liku kehidupan yang tidak menentu, itulah ujian yang tidak sanggup dihadapi oleh sesiapa.
Beliau kehilangan si suami sebagai punca mata pencarian dan kemudian berkahwin lagi. Namun, perkahwinan baharu itu dikhianati oleh suami baharunya yang meninggalkan mereka anak beranak selepas baru sahaja diluluskan sebagai penama bantuan bulanan.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, beliau yang juga seorang usahawan perhiasan bunga terpaksa akur dengan situasi semasa apabila bisnesnya jatuh merudum dan terpaksa tutup kedai.
Team kebajikan Pemuda PAS Batu hari ini turun menghulurkan sumbangan barangan dapur termasuk lauk mentah bagi meringankan sedikit kesulitan beliau sekeluarga.
Tiada apa yang boleh diucapkan melainkan berdoa semoga urusan kakak ini sekeluarga dipermudahkan oleh Allah.
Semoga Allah rahmati mereka sekeluarga insyaAllah.
Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;
1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi
Like | Follow | Share :