Home Berita PAS Melaka

Jaga ukhuwah dan kerjasama – PJ PAS Melaka

63
SHARE

AYER KEROH, 3 Mei : Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek menegaskan bahawa ukhuwah dan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) harus dijaga dengan baik.

“Kerjasama antara dua parti PAS dan Umno mestilah diperkasakan. Saya selalu menyebut perkara ini agar kerjasama dan ukhuwah mesti dijaga baik di semua peringkat kawasan,” ujar beliau.

Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka itu menambah, MN adalah harapan kepada rakyat agar berlakunya penyatuan ummah antara orang Melayu Islam dan tidak mengabaikan kaum-kaum lain demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Ustaz Kamarudin berkata demikian di dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau malam tadi ketika mengulas tentang Majlis Iftar MN peringkat Negeri Melaka yang dihadirinya petang semalam.

Tambah beliau lagi, Majlis Iftar MN peringkat negeri Melaka yang julung-julung kali diadakan itu mendapat sambutan baik yang berlangsung di Dewan Japerun, DUN Serkam, Jasin.

“Mudah-mudahan Allah terus memberkati,” doa beliau di dalam hantaran tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, semua ahli di peringkat dewan-dewan, sayap-sayap parti dan ahli-ahli jawatankuasa PAS dan Umno Negeri Melaka.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .