Home Artikel PAS Johor

Peronda Amal : Kini Anda Mudah Mendapatkan Bantuan Permasalahan Kenderaan

2562
SHARE

 

Peronda Amal : Kini Anda Mudah Mendapatkan Bantuan Permasalahan Kenderaan

Oleh : ‘Aisyah Yasmin

JOHOR: Peronda Amal di bawah Jabatan Amal Malaysia Kawasan Johor Bahru (JAMK JB) telah dilancarkan secara rasmi semasa Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS (DPP) JB kali ke -33 oleh Saudara Arif Ainuddin selaku Ketua Pemuda Kawasan Tersebut.

Berkhidmatkan Kancil 4×2 untuk kegunaan Team Peronda Amal JB, Halim Ismail ketika ditemui berkata beliau sebelum ini turut membantu beberapa individu yang dalam kesusahan seperti masalah tayar pancit, bateri lemah, pokok tumbang dan sebagainya.

“Baru – baru ini saya bersama keluarga keluar membuat rondaan menaiki kenderaan Peronda Amal dan ditakdirkan kami terserempak dengan sebuah kenderaan pancit.” Katanya ketika rancak menceritakan teknik menukar tayar.

“Saya tengok dia berdiri pijak spanar tapi tayar bergerak-gerak dan tak boleh nak buka.”

“Bab tukar tayar, sebelum jack loose dulu keempat-empat skru baru jack, kalau tak, memang berpusing-pusing setiap hari la tayar tu.”

Sebagai solusi, masukkan gear bagi kenderaan front wheel drive manual.

Terbaru, Peronda Amal baru sahaja selesai menyediakan khidmat permasalahan kenderaan untuk orang ramai di Konvensyen Ummah Johor di Sangkar Kristal LC Katering, Jb.

Selain itu, pasukan ini juga turut membuat rondaan di sekitar Jalan Tun Razak, Jalan Pasir Pelang, Perumahan Rakyat Iskandar, Taman Sentosa, Taman Abad, Kebun Teh, Dataran Larkin, Larkin Perdana, Jalan Stulang Baru, Taman Suria, Jalan Tebrau dan lain-lain.

Ketika membuat rondaan sekitar Bandar Baru Uda ke Markaz PAS kampung Kurnia JB, selain permasalahan kenderaan, pasukan ini turut membantu mengalihkan pokok pisang yang tumbang di persimpangan yang menghalang laluan dan membahayakan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.

Jabatan Amal dilihat terus komited memberi sumbang bakti walaupun tidak disajikan habuan dunia yang melimpah ruah sekali gus menonjolkan imej PAS yang berkebajikan.