Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Senator Nuridah Memimpin Munajat AKIFI Anjuran Wanita Selangor

1512
SHARE

26 Feb, Semenyih : YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memimpin Majlis Munajat AKIFI anjuran Wanita Selangor sempena PRK Semenyih. Majlis diadakan di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang menempatkan seramai lebih kurang 60 warga emas dibantu oleh sukarelawan bertugas.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan DMPM bersama jentera Muslimat PAS, Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengetuai kehadiran jentera Wanita UMNO, Pn Zaharah Sulaiman, Ahli Jawatankuasa Institut Ahli Arkeologi Malaysia yang turut berceramah tentang “Asal Usul Orang Melayu”.

Puan Zaharah secara tidak langsung menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam membuat kajian tentang sejarah Melayu.

             

Munajat AKIFI merupakan program berkala Muslimat PAS setiap minggu yang telah diadakan seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

AKIFI merupakan singkatan bagi ‘Alim (berpengatahuan, berilmu), Haraki (bergerak), dan Sufi (mendekatkan diri kepada Allah S.W.T).