Home Berita PAS Kelantan

Perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Negeri Kelantan

132
SHARE
PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) NEGERI KELANTAN.
1. Sehingga 13 Jun 2021, seramai 150,860 rakyat di negeri Kelantan telah menerima dos pertama vaksin.
.
2. Sebanyak 68,188 rakyat negeri Kelantan telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.
.
3. Sebanyak 18 buah pusat pemberian vaksin di seluruh negeri Kelantan telah dibuka setakat hari ini dan 5 buah lagi PPV akan dibuka tidak lama lagi.
.
4. Semua hospital kerajaan dan 88 buah klinik kesihatan kini bersiap sedia dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin.
.
5. Pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri akan melaksanakan siri program ‘outreach’ vaksinasi COVID-19 di seluruh daerah di negeri Kelantan.
.
6. Program outreach dilihat berkesan bagi membantu penduduk luar bandar mendapat suntikan vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera .
.
7. Persiapan rapi telah dilakukan bagi menjayakan PICK di negeri Kelantan dan hanya menunggu bekalan vaksin tiba dari MOSTI.
.
8. Pihak kerajaan negeri berharap stok vaksin yang bakal tiba mencukupi sebagaimana dipersetujui sebelum ini.
.
9. Sebanyak 518,350 @ 42.1% sasaran populasi rakyat Kelantan telah mendaftar sebagai penerima vaksin.
.
10. Rakyat disaran membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Ikhtiar kita bagi membendung penularan COVID-19.
“Lindung diri, lindung semua.