Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perjuangan demi generasi yang mendatang

40
SHARE

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

LAUNGAN keramat ini adalah hasil perjuangan generasi terdahulu yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Sehingga hari ini, kita mampu menikmati dan mengecapi Malaysia yang merdeka.

Jika hari ini, kita dapat menikmati air kelapa yang lazat, ianya hasil daripada tangan generasi terdahulu yang berusaha menanam pokok kelapa untuk generasi hari ini.

Persoalannya, apakah yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang?

Mampukah generasi akan datang bersedia menghadapi kehidupan yang semakin mencabar?

Justeru, pengorbanan kita hari ini, bukanlah untuk memetik hasil pada keesokan hari, tetapi memastikan perjalanan panjang generasi akan datang dalam keadaan lebih baik daripada hari ini.

Bersama kita berdoa agar semua pengorbanan generasi terdahulu diterima Allah sebagai amal soleh di sisi Allah.

Serta kita doakan semua yang berjuang diberikan keikhlasan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

“MALAYSIA PRIHATIN”

ANUAR IBRAHIM
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Tangga Batu