Home Berita PAS Johor

Perikatan Nasional peluang rakyat Johor membuat perubahan – Ustaz Abdullah Husin

379
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang : Bersama dengan gabungan parti Perikatan Nasional (PN) merupakan satu peluang untuk rakyat Johor membuat perubahan bagi mengajar golongan yang sombong dan bongkak melalui pilihan raya ini.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin sewaktu ucapannya di program pentaa Perikatan Nasional Dun Tenggaroh di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih, Felda Tenggaroh 3, semalam.

“Untuk memastikan masa depan negara, kita mestilah berani membuat perubahan.

“Pilihan raya negeri Johor menjadi kayu ukur kepada pilihan raya akan datang dengan adanya pengundi muda, pengundi Automatik, jumlah kerusi yang banyak dan suasana isu semasa,” ujar beliau.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Penerangan Bersatu, Daruk Wan Saiful Wan Jan serta Yang dipertua PAS Kawasan Mersing, Roslan Nikmat.

Pada masanya sama beliau menyatakan Perikatan Nasional berikrar untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

“Ingatkan semua jentera bahawa kita mestilah membuktikan kekuatan, kesungguhan kita sehingga kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri Johor ini.

“PAS menyatakan akan berikan komitmen yang sebaik mungkin dalam pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.