Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Satu kematian, 720 kes positif baharu hari ini

181
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 17 Feb : Satu kematian dan 720 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 720 kes positif baharu itu, 687 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kategori import A, 25 kes daripada kategori kes import B, dan tujuh kes direkodkan bagi kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 201 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 143 kes di Daerah Jasin dan 376 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 308 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5555 kes masih dirawat, dengan sembilan kes adalah daripada kes ICU dan dua kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Selain itu, satu kluster dilaporkan tamat, tiada kluster baharu direkodkan dengan sejumlah 27 kluster masih aktif sehingga hari ini.