Home Berita PAS Johor

Perihatin mangsa kebakaran, Muslimat Johor turun padang

65
SHARE

Perihatin mangsa kebakaran, Muslimat Johor turun padang

Johor Bahru, 21 Januari 2022 : Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, (DMPNJ) menzahirkan keprihatinan dengan menziarahi kediaman mangsa kebakaran, di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor Bahru di sini, semalam.

Mangsa,Julaiha Abdullah yang juga merupakan anggota Briged Muslimat PAS Pasir Gudang berkata, kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu itu adalah akibat litar pintas, dan telah memusnahkan lebih 95 peratus rumah manakala peralatan dalam rumah pula rentung.

Turut turun padang, Ketua DMPNJ, Zakiah Tukirin ke lokasi kejadian bagi menyampaikan sumbangan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, (LKK) DMPN Johor dan LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Hadir sama dalam ziarah tersebut, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPN Johor, Normaya Salam, Jumah Aris, Ketua Muslimat PAS Pasir Gudang, Salina Salleh, Ketua LKK DMPK Pasir Gudang, dan,Pengarah Briged Muslimat Johor, Derwena Masuruni bersama anggotanya.