Home Berita PAS Johor

Perhimpunan as-sabiqun yang amat bersejarah – Ustaz Abdullah Husin

171
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Pagoh, 21 Mei : Ini merupakan satu perhimpunan As-sabiqun yang amat bersejarah dan dapat mengerat silaturrahim.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam ucapannya sewaktu majlis sambutan hari raya Sidang As-sabiqun PAS Pusat di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM), di sini harini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada As-sabiqun yang memilih Negeri Johor untuk menjadi tuan rumah program.

“Terima kasih juga kepada semua pimpinan yang hadir daripada PAS, Bersatu dan juga UMNO”, tambah Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi Sidang As-sabiqun Negeri Johor, Nasir Ahmad menyatakan program dapat berkumpul selepas dua tahun tidak beraya bersama

“Buat julung-julung kali pihak sidang As-sabiqun mengadakan sambutan hari raya selepas dua tahun kita tidak dapat beraya bersama”, ujar beliau.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan Sautul Huffaz, pemberian duit raya, pertandingan kuiz yang di taja oleh Kohilal serta ucapan-ucapan dari pimpinan-pimpinan yang hadir.

Turut hadir Pengerusi sidang As-sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, ADUN Bukit Kepong, Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, Yang dipertua PAS Kawasan Pagoh, Fahruddin Ahmad, Yang dipertua PAS kawasan serta pimpinan-pimpinan As-sabiqun Kawasan dan Negeri.