Home Berita PAS Perak

Hari Guru, PAS Lumut kunjungi sekolah

143
SHARE

Oleh : ROSLINA NOR

LUMUT, PAS Kawasan Lumut mengadakan kunjungan hormat ke beberapa buah sekolah di Parlimen Lumut sempena meraikan Sambutan Hari Guru pagi tadi.

Rombongan diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abdul Rahman merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung telah berkesempatan berkunjung sebanyak 16 buah sekolah di sekitar Manjung.

Tujuan kunjungan ini diadakan bagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru secara terus kepada guru tanda penghargaan di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak-anak di sekolah di samping menjalinkan hubungan baik sempena Bulan Syawal, ujar Hj. Rosli.

Kehadiran rombongan disambut baik oleh pihak pentadbiran sekolah dan terdapat beberapa buah sekolah yang sedang mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah menjemput rombongan meraikan majlis yang sedang berlangsung.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Pn. Nor Azura Murad berkata, beliau mewakili pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih atas ingatan dan kunjungan baik yang dilaksana ini.

Disamping itu, YDP telah menghadiahkan sebiji kek mewakili PAS Lumut kepada semua sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu, SK Datuk Seri Kamaruddin, SK Seri Manjung, SK Mat Saman Pasir Panjang, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Kamaruddin, SM Manjung, SMK Samudera dan lain-lain lagi.

Turut serta Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut Rohawati Abidin serta beberapa ahli jawatankuasa yang lain.