Home Berita PAS Johor

Lensa Maharani | Rumah Terbuka Aidilfitri Adun Maharani

150
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 22 Mei : Rumah terbuka Aidil Fitri Adun Maharani, Cikgu Abd Aziz Talib disambut dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran lebih 1000 orang di sini, semalam.

Program yang diadakan di Dewan Hajah Hasnah, Parit Keroma telah bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pelbagai juadah disediakan, antaranya nasi beriani, sate, ketupat, lontong, cendol, otak-otak, burasak, pisang goreng, ais krim dan berbagai jenis kuih-muih.

Tetamu yang hadir menikmati juadah hari raya terdiri dari pelbagai bangsa tanpa mengira parti.

Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Karim Deraman, Naib Ketua Umno Bahagian Muar, Dato’ Ashari Sarip, Naib Ketua PAS Muar, Dr Mohamad Taslim dan Ketua Muslimat PAS Muar, Norhayati Sulaiman serta wakil dari pejabat pegawai daerah Muar.