Oleh Muhammad Fahmim Bin Azizan
15 Mac 2018
SEGAMAT: PAS kawasan Segamat kehilangan seorang aktivis veteran yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi.
Muhammad Bin Saleh atau dikenali sebagai Pak Mat Keledek ,92, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beliau di Kampung Spang Loi, Segamat.
Walaupun pada hayatnya beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam PAS tetapi beliau tetap istiqamah dalam menjalankan aktiviti parti terutamanya pada musim Pilihanraya.
Beliau berusaha bersendirian memasang bendera dan berkempen dari rumah ke rumah pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Disebabkan faktor keuzuran, beliau banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.
Pengarah JPRK , Sdr Daud Mat Jan bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat telah menziarahi jenazah beliau dan turut serta dalam upacara solat jenazahnya di Masjid Kampung Spang Loi.
Semoga usaha beliau semasa hayatnya dikira sebagai usaha murni di jalan Allah S.W.T.