Home Artikel PAS Terengganu

MABRUK Atas Kejayaan Dalam Peperiksaan

2443
SHARE

Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah beroleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan STPM, STAM dan SPM 2017 yang lalu.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang kurang cemerlang kerana telah berusaha bersungguh-sungguh dan memberi komitmen yang tinggi dalam menguasai ilmu, bukan semata-mata untuk peperiksaan.

Kejayaan sebenar adalah apabila anda tidak putus asa dan berjaya menghadapi peperiksaan dengan usaha gigih sendiri dan terus berusaha meneruskan kehidupan di masa hadapan.

Teruskan usaha. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang, menjadi insan yang berilmu dan bertaqwa serta berjaya dunia dan akhirat.

Tahniah daripada,

Hajah Zarani Othman
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu