Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Nuzul Al-Qur’an dari Lajnah Pendidikan DMPM

1001
SHARE

Al-Qur’an turunkan kepada Rasulullah saw yang ummi untuk disampaikan kepada umat manusia yang Ummiyyin yang berada di dalam kesesatan yang nyata.

1. Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Surat Al-Jumu’ah : 2]

2. Tidak sampai 30 tahun, hasil didikan Rasulullah saw yang berpusatkan Al-Qur’an telah berjaya melahirkan generasi al-Qur’an yang unggul (Jail Jailul Qur’an al-Farid) dan Islam tersebar meluas sampai ke Eropah sehingga tertegaknya negara Islam Andalus.

3. Hilangnya keyakinan umat Islam terhadap al-Qur’an dengan berkiblatkan akal dan pengasingan sumber wahyu daripada disiplin ilmu era kebekuan dan era penjajahan, umat Islam hari demi hari hilang jati dirinya sebagai khalifah di muka bumi ini.

4. Penjajah dengan agenda sekularisme telah memaksa umat Islam supaya menerima sistem pendidikan Barat dan berjaya memisahkan umat Islam daripada sistem pendidikan Qur’ani. Dengan itu, memudahkan lagi penjajah dan musuh Islam menanamkan racun-racun ideologi ke dalam pemikiran yang membawa kepada kemurtadan dan kecelaruan identiti sebagai seorang Muslim.

5. Dengan pelbagai krisis sosio-ekonomi ummah dan kepincangan politik negara hari ini, tidak ada jalan lain sebagai jalan penyelesaian kecuali menjadikan al-Qur’an sebagai rujukan utama di dalam sistem pendidikan negara agar segala penyakit yang melanda negara ini mampu diubati dengan penuh rahmat Allah swt.

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua,”Surat Al-Isra’ 82

6. Semoga sambutan nuzul al-Qur’an kali ini membuka ufuk pemikiran dan kesedaran yang lebih mendalam kepada semua pencinta al-Qur’an untuk membuat anjakan paradigma terhadap al-Qur’an sebagai sumber utama ilmu dan pendidikan. Sistem Pendidikan yang bersumberkan al-Qur’an meletakkan aqidah tauhid sebagai teras setiap kurikulum dan semua kursus di instusi pengajian tinggi dan pusat latihan guru seterusnya semua subjek untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

7. Sudah sampai saat yang kritikal pada hari ini sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dasar kesetaraan gender dalam pendidikan disebabkan kecelaruan gender yang semakin merebak dalam kalangan umat Islam sehingga sanggup mempertahankan LGBT dan menghalalkan hubungan seks sesama jantina dengan hujah rahmatan lil’alamin. Wal’iyazubillah

Papan meja Lajnah Pendidikan DMPM.
17 Ramadan 1438
12 Jun 2017

 

{jathumbnail off}