Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Perginya Mutiara Ummah – Tuan Guru Ismail Kamus

780
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia

Perginya Mutiara Ummah – Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Dato’ Tuan Guru Ismail Kamus yang telah dijemput Ilahi awal pada jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Malaysia telah kehilangan seorang tokoh besar dalam bidang dakwah dan perubatan Islam. Almarhum merupakan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia. Beliau yang menghabiskan seluruh hidup beliau menyebarkan dakwah Islam di seluruh pelusuk negara.

Beliau juga merupakan mantan pimpinan PAS yang sangat komited dengan perjuangan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Semoga berita duka ini menjadi asbab menghidupkan hati-hati kita untuk terus taat kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)

Semoga Almarhum ditempatkan bersama syuhada dan orang-orang bertaqwa di syurga Allah SWT.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 Mei 2020 | 15 Ramadan 1441