Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perginya Permata Ummah

1012
SHARE

Perginya Permata Ummah

Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah di atas berita pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

Mengikut sumber page
Persatuan Perubatan Islam Darus Salam Malaysia, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 12:30 pagi di kediamannya di Ampang.

Di samping itu, Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman. Beliau dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Pemergian Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus merupakan kehilangan yang sungguh besar khasnya buat PAS. Segala jasa dan sumbangan beliau dalam arena dakwah tanah air dan juga perjuangan PAS akan disemat dalam hati.

Allahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Semoga Allah SWT mencucuri roh beliau dan ditempatkan di makam yang mulia di sisi Allah SWT.

الفاتحة

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441