Home Berita PAS Kedah

Perasmian penutup program ‘Kem Anak Soleh’

183
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP, 4 Jan – PAS Padang Terap turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang YB Hj Munir@Muhamad Yusoff Zakaria bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup program Kem Anak Soleh di Surau Kampung Sena,Kuala Nerang pada 30 Dis baru-baru ini.

Seramai 16 orang peserta yang mengikut kem tersebut terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz yang turut hadir bersama ADUN Kuala Nerang menyampaikan ucapan ribuan terima kasih atas jemputan serta menyokong sepenuhnya program sebegini dan beliau berharap program sebegini dapat di teruskan di masa kehadapan.

“Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada penganjur program, ia wajar di jadikan contoh oleh persatuan-persatuan penduduk kampung yang lain”, ujar YB dalam ucapan perasmian penutup beliau.

Beliau berkata lagi,”Usaha murni ini ke arah melahirkan anak soleh yang taat kepada Allah dan Rasul malah mentaati ibubapa serta berakhlaq mulia”.

Program Kem Anak Soleh ini di bawah anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Padang Terap dan Persatuan Penduduk Kampung Sena.