Home Berita PAS Negeri Sembilan

Muslimat PAS Rembau dan PAPISMA ziarah PPS Sekolah Kebangsaan Gedok, Gemencheh

149
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

REMBAU, 4 JANUARI: Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) di Sekolah Kebangsaan Gedok, Gemencheh diziarahi oleh wakil Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) dan PAPISMA kelmarin.

Antara pimpinan yang turut serta ialah Ketua DMPKR, Masita Mohamed Ali, Timbalan Pengerusi 2 Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Negeri Sembilan, Linda MA dan beberapa orang ahli jawatankuasa (AJK) DMPKR.

Menurut Masita, mangsa banjir yang disantuni terdiri daripada pelbagai golongan, orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak dari pelbagai kaum seperti Melayu dan India.

Tambahnya lagi, beliau dan AJK nya turut mengagihkan permainan kanak-kanak serta melayan sambil bermain bersama kanak-kanak tersebut agar usaha tersebut dapat menggembirakan mereka.

Sehubungan dengan itu, Linda MA yang bersama misi tersebut sempat memberi khidmat nasihat dari segi psikososial terutama bagi menstabilkan sedikit gangguan emosi mangsa banjir yang terlibat akibat trauma musibah yang melanda.

Masita menyatakan kehadiran DMPKR bersama PAPISMA ke PPS ini sekurang-kurangnya dapat menenangkan emosi mangsa banjir terutamanya wanita. Katanya lagi, “Rata-rata wanita yang ditegur-sapa merasa tersentuh dan terharu dan mereka mengucapkan terima kasih dengan kehadiran kami di sini. ”

Sebelum pulang, DMPKR turut menziarahi Bilik Operasi (BO) Khidmat Malaysia Cawangan Tampin bagi misi bantuan banjir yang menempatkan petugas-petugas Tampin dan Rembau dan kami telah disajikan dengan sedikit taujihad yang di sampaikan oleh Ustaz Hamidi Mohd sementara menunggu masuknya waktu maghrib.

Pengisian taujihad yang disampaikan menyentuh berkaitan dengan segala usaha dan gerakerja yang dilaksanakan para pendokong PAS itu menjadi sebagai mata rantai perjuangan Islam, menyambung perjuangan ahli-ahli PAS yang terdahulu.