Home Berita PAS Kelantan

Perantau Kelantan terjejas banjir, disantuni

120
SHARE

SELANGOR, 3 Jan: 310 perantau anak Kelantan yang terkesan banjir pada akhir Disember lalu disantuni Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di lokaliti hulu Kelantan.

Para pemimpin rakyat itu merancang pertemuan khas bersama rakyat bagi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Kuala Krai dan Dabong yang terjejas akibat banjir dua minggu lepas di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.

YB Abdul Latif berkata, bagi meringankan bebanan mereka akibat musibah melanda, kita mengenal pasti 90 penerima dari Rantau Panjang Klang, 70 orang dari Padang Jawa, 100 anak perantau yang menginap di Bukit Lanchong dan 50 lagi di Flat Seri Muda untuk menerima sumbangan wang tunai.

Beliau turut mengucapkan terima kasih khususnya kepada ADUN Manek Urai YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Mengkebang YB Muhammad Mat Sulaiman, ADUN Guchil YB Hilmi Abdullah dan ADUN Dabong YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin atas kerjasama padu sehingga bantuan ini dapat disampaikan terus kepada yang terlibat.

“Tidak lupa juga terima kasih kepada Presiden Perakan Malaysia Ir Hamzah Abdul Rahman atas kehadiran sebagai tanda kebersamaan”, katanya sejurus selesai majlis, semalam.