Home Berita PAS Kedah

Sumbangan dana baik pulih sistem perparitan di Gulau

42
SHARE

SIK, 5 Jan – Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) diwakili oleh En Somad Abu Hassan telah menyerahkan dana kepada Pengerusi JPKK Kampung Gulau, Encik Norizan Isa bertempat di pejabat pentadbiran PUSRASIK, Sungai Pau, Isnin lalu.

Jurucakap PUSRASIK berkata sumbangan dana berjumlah RM6000.00 ini bertujuan untuk membaikpulih masalah sistem perparitan di Kampung Gulau yang selalu terjadinya banjir apabila hujan lebat.

“Semoga dengan sumbangan daripada PUSRASIK ini dapat menyelesaikan masalah perparitan ini”, katanya.