Home Berita PAS Johor

Peranan muslimat dalam medan perjuangan gerakan Islam

266
SHARE

Oleh : Sharifah Ajil

MUAR, 30 Jan : Para muslimat sejak dahulu bahkan sekarang banyak memainkan peranan dalam membantu perjuangan gerakan Islam, demikian ucapan Timbalan Pengarah Assabiqat Dewan Muslimat PAS Malaysia, Fatimah Ismail di sini, kelmarin.

Beliau menyoroti liku-liku sejarah perjuangan para muslimat dalam pengisian sebagai panel forum program Tamrin Qiadi & Retreat Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Muar di Muhayat Homestay, Sarang Buaya, Muar.

Menurut beliau lagi, ahli muslimat haruslah mengambil contoh mereka yang telah banyak berkorban untuk membantu jentera parti baik dari segi tenaga, wang ringgit, idea, sumbangan lain yang memberi manfaat kepada jemaah.

Selain Fatimah Ismail, ahli panel lain ialah Ustazah Suriati Zakaria yang menyentuh tentang peranan muslimat muda membantu mereka yang lebih berpengalaman serta berpadu tenaga dalam perjuangan. Forum dikendalikan oleh Ketua Ameerah, Ummu Rifqi Anuar sebagai moderator.

“Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik dan mentarbiah jentera muslimat di samping mengimplementasi perjuangan dakwah Rasulullah, jelas setiausaha program, Fatimah Ariffin.

“Juga memperkasa serta memperkemas organisasi dengan tarbiah AKIFI serta mengerat ukhuwah sesama muslimat,” ujarnya lagi.

Turut mengisi slot ialah Yang Dipertua PAS Muar, Abd Aziz Talib dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Parlimen Muar, Ustaz Ridzuan Nazri yang memberi penjelasan tentang tugas-tugas dan peranan muslimat sebagai jentera untuk menghadapi pilihanraya.

Program dihadiri seramai 70 orang terdiri dari ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Muar, guru-guru PASTI dan semua ketua serta setiausaha cawangan muslimat Muar.