Home Berita PAS Sarawak

Edaran Buah Tangan Sempena Tahun Baru Cina 2022

204
SHARE

Oleh : Farah Abdullah

KUCHING, 30 Januari 2022 – Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak mengadakan edaran buah tangan sempena Tahun Baru Cina kepada penduduk di sekitar Kampung Sejijak, Kuching, hari ini.

Edaran buah tangan ini adalah bertujuan untuk meraikan masyarakat Cina khususnya di sekitar Petra Jaya dalam menyambut perayaan tersebut pada 1 Februari 2022 nanti.

Hadir bersama dalam program ini ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya Habsah Bujang, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DMPKPJ Hannan Drahman dan Ketua Briget DMPKPJ Aira Yusra.

 

Program ini berlangsung dengan membuat serahan dari rumah ke rumah dan tidak ketinggalan untuk sesi fotografi bersama penerima.

  

“Dewan Muslimat PAS menyeru agar rakyat Sarawak khususnya di Petra Jaya sama-sama saling hormat-menghormati dan bantu membantu dalam memberikan kebaikan kepada masyarakat di sekeliling kita dan semoga ziarah murni ini akan mengeratkan hubungan perpaduan sesuai dengan PAS yang membina perpaduan Islam memimpin perpaduan ummah”, kata Habsah Bujang.