Home Artikel PAS Melaka

Peranan masyarakat menjadikan OKU hebat – Mohd Faisal

297
SHARE

 

Oleh: Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 13 Sept : Golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan sahaja perlu belajar, berani, kuat, pandai dan bijak tapi masyarakat itu sendiri perlu menjadikan OKU sebagai orang yang hebat supaya golongan ini lebih bersemangat dan dapat bekerjasama dalam membina sebuah negara yang berprihatin.

Demikian dinyatakan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Mohd Faisal Che Yusof ketika menyampaikan satu ceramah dalam satu program kesedaran tentang peranan masyarakat OKU yang berlangsung di Dewan JAPERUN Durian Tunggal, di sini kelmarin.

“Jika kita mendapat anak OKU, itu merupakan surat daripada Allah SWT yang ingin berhubung dengan kita.

“Allah SWT jadikan kita, Allah uji kita nak tengok siapa yang baik amalannya dan kita boleh minta apa sahaja kerana Allah Maha Perkasa dan Maha Pengampun sebagaimana maksud dalam ayat kedua Surah Al-Mulk dalam Al-Quran”

Faisal yang juga merupakan OKU penglihatan menambah, masyarakat perlu bersama-sama mencukupkan keperluan anak-anak OKU di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengasih ini.

Progam ceramah ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Melaka dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengasih Durian Tunggal Melaka.

Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Melaka, Mohsin Ibrahim, Pengerusi PDK Seri Pengasih Durian Tunggal, Senator Ismail Ibrahim, NGO dan penduduk sekitar.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)