Home PAS Pusat

Murali Abdullah, pengarah televisyen dan filem telah menyertai PAS

480
SHARE

Murali Abdullah, pengarah televisyen dan filem telah menyertai PAS

Mohammed Murali Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Murali Abdullah, seorang pengarah drama dan filem telah menerima sijil keahlian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diberikan sendiri oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sebentar tadi.

Beliau yang gemar menghasilkan drama dan filem bertemakan keislaman untuk berkongsi pengajaran kepada penonton dan peminat beliau melalui kaca televisyen.

Pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin (ASK), sekaligus berjaya melahirkan pelakon-pelakon berbakat yang telah berjaya menerima pelbagai anugerah melalui karya-karya beliau.

Antara karya-karya Murali Abdullah

i. Sebelum Akhirat
ii. Ehsan
iii. Suara Saleha
iv. Aku Kaya The Movie
v. Taubat Seorang Samseng
vi. Dia Ayahku

Dan pelbagai lagi.

Hadis Nabi Muhammad SAW, maksudnya:
Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.

Selamat datang ke dalam keluarga besar PAS buat Tuan Murali Abdullah. Semoga terus aktif dalam berkongsi kemahiran dalam memberikan manfaat buat ummah.

Siiru ‘ala barakatillah