Home Berita PAS Melaka

Muktamar ke-66 medan persiapan PRU15 – Muhamat Puhat

561
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad
Foto : Abu Anas

KOTA MELAKA, 13 Sept : Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Negeri Melaka, Muhamat Puhat Bedol menyifatkan Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-66 yang sedang berlangsung ini bakal menjadi medan terbaik sebagai persiapan PAS untuk mengatur gerak kerja bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Dengan tema kali ini yang menyambung rantaian tema muktamar terdahulu iaitu ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’, isu perpaduan dan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) juga akan menjadi keutamaan dalam muktamar kali ini.

“PAS Melaka juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PAS Pusat, semua perwakilan, pemerhati dan tahniah kepada Panitia Muktamar Peringkat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atas perancangan dan pelaksanaan sepanjang perjalanan muktamar mengikut SOP yang ditetapkan.”

Puhat berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di pembukaan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 bagi Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Hotel Sentral Melaka, di sini pagi tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)