Home Artikel PAS Johor

Penyatuan PAS Umno gegar ‘arasy’ Putrajaya

187
SHARE

Penyatuan PAS Umno gegar ‘arasy’ Putrajaya

‘AISYAA YASMIN 14 SEPTEMBER 2019

BATU PAHAT: Penyatuan PAS Umno dilihat menggegarkan ‘arasy’ Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran pemerintahan kerajaan hari ini.

Demikian diungkap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin di Ceramah Penyatuan Ummah bersama pimpinan tertinggi Umno Bahagian Batu Pahat di Kompleks PAS (KOMPAS) Batu Pahat, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan situasi semasa negara seperti timbulnya iau Nabi dihina, India mengaku sebagai Bumiputera, keistimewaan Raja diperkotak katikkan, penentangan pelaksanaan khat Jawi dan terbaru berkenaan Zakir Naik.

Tambahnya lagi, isu ini timbul selepas PRU14 di mana para pimpinan DAP dilihat tidak senang duduk dengan sebarang perkara yang ada kaitan dengan Islam.

Lebih menyedihkan menurutnya, bila mana pimpinan Islam dalam kerajaan juga tidak mengambil peduli akan isu yang berlaku terutamanya dalam isu Nabi dihina.

Namun sebaliknya, bila PAS dan Umno berkerjasama dan berhasrat memeterai piagam, mereka seolah tidak senang duduk dan pelbagai provokasi dan fitnah cuba dilemparkan.

Oleh itu beliau menggesa, bagi menjayakan dan menguatkan penyatuan dua parti ini, ahli parti PAS dan Umno diseru untuk ikhlas dalam bergerak kerja dan saling memaafkan antara satu sama lain.

Turut hadir sama, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin dan kepimpinan Parti Umno Bahagian Batu Pahat. – HARAKAHDAILY 14/9/2019