Home Artikel PAS Sabah

PENYATUAN UMMAH : KEBANGKITAN YANG MERISAUKAN MUSUH ALLAH

312 views
SHARE

Oleh : Abu Maryam Safiyah

14 sept 2019

Selepas Nabi melunaskan tuntutan hijrah yang sarat dengan isi dan strategi menuju Madinah, Rasulullah dengan cermat dapat menyatukan umat Islam demi penghayatan dan kekuatan Islam. Baginda menjadikan Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang satu dan dalam masa sama Baginda juga melahirkan satu hati dari kabilah besar dalam kalangan Ansar yakni Auz dan Khazraj seterusnya meleraikan persengketaan berabad lamanya dua kaum Yathrib ini.

Melihat keadaan sangat tidak baik bagi Yahudi di Madinah, maka mereka meracanglah mehna untuk melagakan semula dua kaum dari Aus dan Khazraj ini. Dalam lipatan sirah memaparkan bagaimana bernafsunya mereka memainkan api perpecahan melalui siulan dan alunan syair-syair permusuhan, assobiyyah (perkauman) dan peperangan yang pernah dilaungkan semasa zaman persengkataan dasyat Auz dan Khazraj. Langkah ini hampir membuahkan natijah buruk dalam kalangan umat apabila pemuda dari dua kaum ini sudah pun mula menghunuskan pedang untuk berbunuhan antara satu sama lain. Suasana yang hampir menumpahkan darah. Perkara cemas ini sempat sampai kepada Rasulullah dan Rasulullah bijak mengawal keadaan dan bersabda :

_”Apakah kalian ingin kembali ke zaman Jahiliah, sedangkan aku masih hidup bersama kamu”_

Akhirnya setelah mendengar pesanan Rasulullah, kaum muslimin kembali menginsafi dan berpelukkan antara satu sama lain diiringi linangan air mata. Walhasil, strategi musuh Allah untuk memecah belahkan kesatuan (wehdah) umat Islam tidak berjaya walaupun hampir berjaya kerana teguhnya umat Islam pada ketika itu kembali kepada pimpinan Rasulullah dengan wahyu Allah.

Di sinilah dapat kita simpulkan apabila umat Islam mahupun kesatuan demi Islam, sudah pastilah ada pihak musuh yang tidak kepingin melihat kerana lumrahnya permusuhan itu wujud disebabkan mereka tidak sanggup melihat kemenangan Islam dengan dasar agama dan perpaduan ummah. Sejarah ini pernah berlaku, kesatuan umat membuahkan kemenangan dan kita juga tidak boleh menafikan sejarah juga membuktikan sikap busuk hati dan penentangan musuh Allah kepada agenda penyatuan ummah dengan kata-kata nista, mengulangi isi persengketaan seiras dengan perangai Yahudi semasa melihat agenda kesatuan umat. Semoga Allah menggagalkan usaha jahat ini sebagaimana gagalnya aturan musuh Allah ketika zaman Baginda Rasulullah.

‘Islam Memimpin Muafakat Nasional’